Home Cerpen Cinta Aku bukan ‘Playboy’ - Bab 4 – ‘Patah sayap, bertongkat paruh. Patah paruh bertelekan.`
Aku bukan ‘Playboy’ - Bab 4 – ‘Patah sayap, bertongkat paruh. Patah paruh bertelekan.`
masterzaki
20/5/2014 09:59:56
5,461
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 4 –‘Patah sayap, bertongkat paruh. Patah paruh bertelekan.`

     

     Hidup aku sebagai ‘penganggur berDiploma’ tidak lama. Namun aku tetap puas enjoy dengan kehidupan aku yang bebas daripada segala bebanan hidup ketika itu. Lebih kurang 3 bulan sahaja aku bebas menganggur. Kemudian aku ditawarkan kerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di sebuah telco terkenal di Malaysia. Celcom.


     Yang menariknya kisah aku boleh menjawat jawatan ini. Dikisahkan begini, aku menerima sepucuk surat penggilan temuduga di Celcom di Kelana Jaya pada hari Selasa 14 September. Namun aku terlupa tentang tarikh itu kerana 14 September adalah harijadi ku. Maka aku menyambutnya dengan teman-teman karibku, teman lelaki dan perempuan. Kami membuat parti harijadiku di bilik hotel yang aku sewa khas di Kuala Lumpur. Sehingga jam 3 pagi kami berhibur dalam parti harijadi tersebut sehingga aku pun tertidur di bilik hotel itu. Bersama teman wanita dan teman lelaki.


     Balik ke rumahku ketika itu dah lewat petang, hari yang sepatutnya aku ditemuduga. Aku sangka temuduga aku di Celcom pada 15 September jadi aku membuat persiapan yang sepatutnya. Pada hari Rabu tersebut, aku bangun seawal subuh pagi dan memakai suit lengkap bertali leher bersama fail sijil-sijil aku dan terus ke pejabat Celcom di Kelana Jaya.


     Setibanya di pejabat tersebut, aku terus naik ke pejabat Sumber Manusia di tingkat 12. Ketika itu aku berjumpa Eksekutif Sumber Manusia bernama Puan Seri, lalu aku bertanya, “Assalamualaikum Puan. Saya Zulkefli. Hadir untuk temuduga jawatan Pegawai Perhubungan Pelanggan hari ini.” Puan Seri menjawab, “Waalaikumsalam. Saya rasa temuduga semua dibuat semalam. Kamu ada dapat surat tak? Boleh saya tengok surat kamu?” Lalu aku mengeluarkan surat panggilan temuduga aku.


     Sah. Tarikh panggilan temuduga pada 14 September. Semalam. Kantoi aku. Tapi Puan Seri tersenyum lalu berkata, “Em.... betulkan semalam tarikhnya? Em....takpela Encik Zul. Maybe dah rezeki kamu. Saya akan aturkan temuduga khas untuk kamu hari ini. Sebab semalam pun ramai calon yang hadir tak layak untuk jawatan ini. Maybe kamu ada peluang. Grooming kamu pun ok. Smart. Handsome.” Dalam hatiku berkata, “Puan ni nak mengorat aku ke apa? Dah aku nervous nak nak kena interview. Datang lak salah hari. Tak apa la, dah dia nak tolong aku adjust. Layan aje.”


     Lalu mulutku bersuara, “Boleh la puan kalau nak tolong aturkan temuduga khas untuk saya. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik puan.” Tutur kata aku susun dengan penuh sopan sebagai membalas jasa baik Puan Seri. “Ok, Encik Zul duduk dulu di ruang menunggu, nanti saya bagitau H.R Manager dan Senior Exec H.R. untuk temuduga khas.” Sambil dia menunjukkan tempat ruangan menunggu kepada ku.


     Lebih kurang 15 minit aku menunggu, akhirnya aku dipanggil masuk ke bilik khas untuk temuduga khas itu. Seperti yang diberitahu, H.R. Manager dan Senior Exec H.R. yang menjadi panel penemuduga. Pelbagai soalan diajukan kepada ku dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Namun semuanya aku jawab dengan jelas dan teratur. Kalau nak cerita bab melayan pelanggan, bagi aku semudah melayan perempuan. Bukan sebab apa, tapi perempuan ini kita kena layan dengan berhati-hati seperti memegang gelas kaca yang akan jatuh berkecai kalau terjatuh. ‘Fragile’. Mudah pecah. Itulah perumpaan yang sesuai. Begitu jugalah melayan pelanggan. Hati pelanggan jangan disinggung. Pelanggan perlu disanjung. Baru mereka berpuas hati dengan layanan yang kita berikan.


     Setengah jam bersoal-jawab dalam sesi temuduga khas itu, akhirnya sesi temuduga pun tamat. Aku diberitahu oleh Puan Seri bahawa keputusan sama ada aku lulus atau tidak dalam temuduga jawatan ini akan diberitahu dalam masa 2 hari lagi.


     Seperti dijangka, dua hari selepas itu aku menerima panggilan telefon daripada pihak Sumber Manusia Celcom memaklumkan bahawa aku lulus temuduga tersebut. Maka aku dipanggil untuk melaporkan diri di Celcom Jalan Ampang pada 1 Oktober akan datang.


     Pada tarikh 1 Oktober itu aku hadir melapor diri untuk hari pertama sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan di Celcom Jalan Ampang. Aku hanya memakai kemeja putih lengan panjang dan bertali leher. Pakaian pejabat biasa. Ramai juga yang hadir untuk melapor diri ketika itu. Namun aku terpandang seorang gadis. Kulit putih melepak. Rambut panjang sehingga melebihi paras bahu. Dia memakai blaus skirt dan kot biru gelap. Agak aku dia perasan aku memandangnya dari tadi lalu dia menoleh dan tersenyum memandang aku seraya menegur, “Hai. Lapor diri jugak ye. Saya Siti.” Lalu dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Sepantas kilat aku menyambut tangan itu. Dalam hatiku berkata, “Pergh. Lembutnya tangan anak dara ni. Dah lah lawa. Putih. Kulitnya halus lembut.” Aku bersuara, “Saya Zul. Zulkefli.” Style James Bond sebut nama. Hehehehe.


      Bermula daripada hari lapor diri itu, aku terus rapat dengan gadis bernama Siti Azlina ini. Daripada hari ke hari kami menjadi semakin intim. Siti ni asalnya dari Perlis. Anak saudara kepada salah seorang pembaca berita TV3 yang lawa tu. Padan la dia pun sama lawa. Ikut makciknya la kot. Namun mak bapaknya telah bercerai. Maknya seorang wanita berbangsa Cina. Waktu berkahwin dengan bapa Siti, maknya menganut Islam. Namun selepas bercerai, maknya kembali menganut agama Budha. Bapa Siti pula seorang ahli perniagaan yang sibuk menguruskan perniagaan di Johor. Sebab itu, kulit Siti ini putih seperti ‘Ahmoi’ Cina. Siti juga mempunyai adik-adik daripada ibunya dengan suami baru ibunya yang juga sebangsa Cina. Oleh itu, kehidupan Siti ini lebih bersikap terbuka dalam banyak hal. Dia juga kerap merokok dan sekali sekala minum minuman keras.


     Aku yang baru melangkah memasuki ‘dunia liar’ ini bertuah mempunyai teman wanita seperti Siti. Segala yang aku tidak tahu diajar olehnya. Kehidupan lebih liberal Siti membuat kami enjoy setiap masa. Ada kala Siti mengambil ganja bagi mengurangkan tekanan hidup yang dihadapi akibat perpisahan mak dan ayahnya. Oleh kerana sikap terbuka Siti ini, dia tidak kisah aku berkawan dengan mana-mana gadis lain. Dan aku juga tidak kisah dia berkawan dengan mana-mana lelaki. Namun yang penting kami mempunyai satu sama lain untuk mencurahkan rasa hati yang sama.


     Dalam masa aku mempunyai Siti sebagai teman wanita aku, aku juga mempunyai peminat daripada kalangan pelanggan yang datang ke kaunter Celcom ini. Jika nak disebutkan nama memang ramai sampai aku tak ingat semuanya. Namun aku pernah ceritakan nama semua teman wanita aku itu kepada seorang kawan rapat aku bernama Rizal. Hanya Rizal yang boleh mengingat setiap nama teman wanita aku beserta latar belakang mereka. Rizal umpama ‘hardisk hidup’ yang merekod butiran data setiap teman wanita yang aku kenal. Kekuatan memori minda Rizal amat aku kagumi. Dia bukan sahaja boleh mengingat nama wanita-wanita tersebut, bahkan siap nama manja, tempat kerja, asal kampung, rupa bentuk badan dan pelbagai lagi data peribadi mereka. Tanpa catatan pun. Hanya dengan ingatan di minda. “Periwayat aweks ku”, gelaran ku kepada Rizal.


    Antara teman wanita aku ketika itu bernama Liza. Pelajar jurusan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM yang juga melanggan talian Celcom. Selalu hadir ke kaunter Celcom tempat aku bekerja sebulan dua kali hanya untuk membayar bil telefon sambil berjumpa aku.


    Liza adalah adalah anak sulung seorang Pegawai Kerajaan yang bertugas di Brunei. Ibu Liza adalah warga Brunei namun bapanya warga Malaysia. Liza telah menuntut di UKM di sejak 4 tahun lepas dan ini merupakan tahun akhirnya sebelum diijazahkan sebagai graduan sarjana muda undang-undang. Bagi menghilangkan tekanan belajar, Liza telah mempelawa aku menemaninya bercuti di Genting Highlands selama 2 hari.


    Aku pula baru balik bercuti selama 3 hari di Cameron Highlands dengan Siti. Namun demi untuk tidak mengecewakan hati pelanggan setia Celcom ini, aku terpaksa memohon cuti selama 2 hari daripada majikan aku. Siti ada ternampak aku mengisi borang cuti lalu dia bertanya, “Awak bercuti nak ke mana? Kita kan baru balik dari bercuti?” Aku menjawab, “Oh terpaksa tolong bapa pasal bisnes dia. Handle customer dia kat Genting Highlands.” Bukan aku nak berbohong. Tapi hati wanita kan ‘fragile’. Jadi kita kenalah jaga hati mereka. Yang kiri pelanggan. Yang kanan teman. Dua-dua wanita kan. Jadi ‘Fragile - Handle with care’.


     Kemudian Siti berkata, “Wah. Genting Highlands. Bestnya. Saya pun lama tak pegi sana. Nak main kat sana lah. Nanti awak lepas abis urusan keje family awak. Awak call saya, nanti saya pegi sana. Kita stay sana semalam dua ke ye?” Aku tersenyum lalu menjawab, “Yelah awak. Saya uruskan hal bisnes family saya dulu ye”. Namun dalam hatiku berkata, “Pergh. Tercabut lutut aku ni. Mau kena minum Tongkat Ali dengan segala tongkat yang ada. Lepas Liza, Siti pulak. Adui. Nak ditolak, kang kecik hati pulak.” Namun aku mempunyai falsafah, ‘Patah sayap, bertongkat paruh. Patah paruh bertelekan.’ Akan aku lakukan apa sahaja demi mereka.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.